Sila perhatikan gambar bermula dari sebelah atas.
Bismillah: Assalamu 'Ala Man ittaba'aa al-Huda.
Sebagai Muslim, kita telah banyak melihat bukti-bukti kekuasaan Allah swt, Namun adakah ianya dapat dilihat oleh orang bukan Islam dengan mudah?
Kita telah ditunjukkan benda-benda atau sesuatu yang tertulis dengan nama Allah. Awan, telur, sarang lebah.

Kita telah melihat pokok solat dalam kaifiah rukun Rukuk di Australia, bahkan kita telah melihat ayat-ayat Shahadah di tebing sungai di Jerman
اشهد ان لا اله الا الله اشهد ان محمد الرسول الله
Namun adakah ianya dapat memberikan kata putus bahawa Islam itu betul, Dua kalimat di atas ketika ini sudah tidak ada lagi kerana telah dimusnahkan di dalam peperangan.
Pokok yang sedang rukuk di Australia pula bukanlah suatu yang khusus bagi umat Islam, kerana dalam ugama Nasrani, mereka juga mengamalkan ibadat rukuk.
Pokok yang sedang rukuk di Australia pula bukanlah suatu yang khusus bagi umat Islam, kerana dalam ugama Nasrani, mereka juga mengamalkan ibadat rukuk.
Kita telah banyak merasakan Rahman dan RahimNya Allah swt kepada kita. Kita telah membaca makna-makna al-Qur'an, kita telah membaca banyak tanda-tanda kebenaran al-Qur'an itu, namun adakah ianya dapat dibaca oleh orang yang bukan Islam, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, manusia kurang suka membaca buku-buku yang tebal-tebal. Terutama mengenai ugama. Dari kalangan manusia, berapa peratuskah yang suka membaca buku Novel, dan berepa peratus lagikah yang suka membaca buku-buku ugama, lalu berapa peratus lagikah orang yang akan mendapat hidayat setelah membaca buku-buku ugama itu?
Saudara, Al-Hamdulillah, ketika ini, walaupun peratusnya kurang banyak berbanding dengan orang yang masih liar, Hidayah Allah swt sudah ada di mana-mana, ianya sudah dapat kita rasakan menjelma sedikit demi sedikit. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Allah swt telah mengirim bukti-bukti keesaanNya dan bukti-bukti kebenaran Islam pada semua manusia. Namun sebagaimana kita nyatakan tadi, berapa ramaikah yang mempunyai peluang dan kesempatan untuk mengkaji kebenaran Islam dan akhirnya menerima Islam. Berapa banyakah golongan yang mempunyai Kurnia Allah swt yang amat berharga itu?

Jawapannya tentu sekali amat sedikit sekali bukan?
Lalu adakah patut kita biarkan saja mereka begitu? Tidakkah boleh kita berusaha mencari jalan mengatasi masalah yang mereka hadapi sekarang ini?
Jika kita mahu mengatasinya, maka kita memerlukan suatu bahan yang mudah dan hanya memerlukan masa yang singkat untuk dibaca untuk berdakwah. Mudah-mudahan tiada siapa lagi yang mempunyai alasan sibuk, atau susah difahami atau sebagainya untuk tidak mahu menerima Islam, atau tidak percaya bahawa Islam itu benar.
Gambar yang saya nyatakan ini, saudara dan sahabat, adalah gambar orang solat dimuka bumi Tanah Arab.
Bentuk muka bumi amat besar sehingga meliputi 4 buah negara termasuk Arab Saudi sendiri sebagai Kiblat.
Bentuk muka bumi amat besar sehingga meliputi 4 buah negara termasuk Arab Saudi sendiri sebagai Kiblat.
Bentuk Muka di Jordan, Telunjuk di Kuwait, badannya di Iraq dan Syria, bahkan tangan sebelah kiri juga ada terbentuk disungai Furat dan Tigres.
Ianya begitu besar sehingga sukar untuk dibuat-buat atau dimusnahkan. Bahkan menurut sejarah sendiri, pembahagian negara-negara ini juga bukalah dibuat oleh orang Islam, ianya dibuat oleh barat sendiri setelah perang dunia meletus.
Bukankah ianya suatu keajaiban yang mudah difahami dan dibaca. Maka marilah kita semua menyebarkan gambar ini keseluruh dunia, Agar nanti di akhirat kita tidak ditanyakan oleh Allah swt kenapa kita tidak menyebarkan dakwah ini.
Semoga bermanfaat.