(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menurunkan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Antara rahsia besi ialah ia dinyatakan dalam al Qur'an ia diturunkan kebumi. Ternyata dalam penemuan sains, besi tidak dapat terbentuk di bumi, ia terbentuk jauh di angkasa lebih jauh dari matahari.
Kepanasan matahari belum dapat menjadikan sesuatu menjadi besi.
Selain itu saintis juga mengkaji bahawa besi mempunyai level kestabilan tertentu untuk digunakal.
Situs Chord Lagu terlengkap dan terpopuler
BalasPadam